Tuesday 9 September 2014

Kick off Program = ‘ Jom Turunkan Berat Badan '


Assalamualaikum... Gempak tak tajuk?

Ok.. Sila jangan gelak... Yuyu pun masa memula kena join program ni rasa cam bengang jugaj. Ingt senang ke nak dptkan berat seberat ni? Haha.. Yuyu sebenarnya memang berisi since sekolah.. Cuma time sekolah dulu maintain je.. Sbb bizi dgan aktiviti.. Camping sana sini.. Kawad x berhenti.. Olahraga lagi... Tapi bila masuk je zaman lepasan SPM,so makan adalah hobi paling best. Haha..

Ok. Sejak masuk zaman study kat IPTA tu,lagi la badan seakan dipam pam kalah belon. Pipi da serupa Pau Yik Mun kegilaan rakyat Tanjung Malim. (Rindu nak balik kampung.. L) Gua sekolah kat area sana beb. Badan usah cerita.. Tahap kekembangannya sgt2 lah tidak boleh diterima akal. (Hamboi bahasa... Mau dapat darah tinggi cikgu Bahasa Malaysia terchenta.. Hihi). Dr saiz seluar 29inch sekarang ni da pakai 34inch.. Nampak x perbezaan? Sangat2 lah mengecewakan. Baju? Da x boleh da nak berangan pakai baju uniform sekolah balik da.. Huk3..

So,lupakan hal badan yg dipam pam tersebut. 1st perjumpaan ut program tu,kitorang (nampak tak hakikatnya ramai yang seumpama Yuyu.. Haha) diberi taklimat tentang tujuan program ni. Target program ni adalah dalam masa 6 bulan (Jun-Disember 2014) untuk dapatkan berat badan ideal. So, kitorang kena timbang berat dan kira ukur lilit pinggang/pinggul untuk membuat kiraan berapa banyak patut kitorang turunkan.

Akiviti ni diadakan setiap hari Rabu. Sesi petang. Yela.. Law nak buat pagi tak kan petang nak masuk keje balik kan? Ala.. Anggap macam subjek Pendidikan Jasmani.. Cuma program ni kendalian Unit Fisilogi, Unit Pendidikan Kesihatan, Jabatan Dietetik & Sajian dan paling penting, Unit Penyeliaan. (Da nama pun kerja bawah unit Penyeliaan,memang kena la kan? )

Yuyu suka aktiviti ni sebab nampak la akibat tak ikut program ni.. Masa bulan pertama tu,Yuyu tak ikut cakap fasilitator tu. Dan hasilnya.. Berat Yuyu naik sampai 3 kg dalam masa 2 minggu. Mana tak naik.. Makan ikut sesedap rasa. Padahal da siap diajar cara pengiraan kalori yang boleh diambil dalam setiap hidangan. Maka terbitlah kesedaran nak turunkan.. Bulan kedua pula,aktiviti slowdown sikit sbb bulan puasa,so kembang kempis la hidung masa timbang,turun 4kg.. Mana tak tersengih-sengih. Puasa an... Tapi bila da raya. Jangan harap la nak dpt macam tu lg kan.. Haha.

Masa perjumpaan bulan lepas,mean masa bulan raya tu, Dietician buat ‘Food Testing’. Guna teknik ‘Meal Replacement’. Dan.... Sgt tak sedap. Haha.. Tak ada nasi kau.. Pebret tu... Hahaha...Tapi boleh je telan. Yuyu tak ikut sgt pun kaedah tu. Cuma amalkan oat la. Tapi jemu lorh. Hihi. Tapi kalau tahan makan je tapi tak bakar lemak yang da memang ada ni tak jalan jugak kan??..

So sori gambar x cantik...Kamera murah an...


Sambil sambil golek atas katil sebelum tidur ni,puas la tanya pak cik Gugel ni. Apa kaedah yang boleh membantu Yuyu yang nafsu makan tak hengat dunia ni,Yuyu terbaca kat novel karya Hlovate –  Versus.
Atkins Diet.

Yuyu blur sekejap. Apakah itu? 1st time nampak p-e-r-k-a-t-a-a-n tu. So.. Pak cik Gugel adalah kamus paling senang nak mintak tolong kan? Zaman sekarang.. Semua dihujung jari.. Hewhewhew. Dapat komisyen tak promote Gugel ni?

So far Yuyu belum mulakan aktiviti meng’Atkins’kan diri Yuyu. Doakan Yuyu dapat teruskan segala jenis menu yang ada dalam resepi-resepi yang pak cik Gugel bagi ni. Ameeen..

So.. Mungkin next entry pasal menu D.A tu.. Doakan Yuyu rajin nak share resepi tu.. Huhu... 
Setakat ni dulu la kemerepekkan yang tarappapa ni.... Jumpa lagi... Assalamualaikum. 


1 comment:

  1. Рекомендую- индивидуалки Москвы недорого. Воспользуйтесь моим профессионализмом, наше свидание будет незабываемым! Приглашаю в гости или приеду к Вам. На звонки отвечаю сама - если я не ответила - перезвоните пожалуйста, снова!

    ReplyDelete

Kaki Komen ada nak komen x?